 |
Laman web
ini menyediakan kemudahan kepada orang ramai amnya
dan usahawan khasnya untuk mendapatkan maklumat
berkait aktiviti-aktiviti keusahawanan yang dilaksanakan
oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU)
serta agensi keusahawanan yang lain. Antara maklumat
yang dibekalkan seperti event keusahawanan, pembiayaan,
kursus dan sebagainya yang boleh anda sertai. |
Bersama-samalah dengan YPU dalam
usaha memantapkan lagi golongan usahawan khususnya usahawan
di negeri Terengganu dalam menempuh era globalisasi.
Pihak YPU yakin laman ini akan menjadi sebahagian daripada
sumber keusahawanan yang anda perlukan dari masa ke
semasa.
: : Berita Terkini : :
Dec
1, 2005 - 5:58 am |
EKSPO INDUSTRI DESA
Ekspo Industri Desa Kali ke 5 yang akan diadakan
pada 30 Mac - 2 April 2006 ditunda kepada 25 - 28
Mei 2006 bertempat di Pusat Dagangan Terengganu
(TTC). Yuran penyertaan sebanyak RM500.00 sahaja.
Untuk keterangan lanjut, klik di sini.
|
Aug
14, 2005 - 6:28 am |
PENJENAMAAN T'LEKOR DAN
T'DAGANG
Ketika merasmikan Pameran dan Persidangan Inovasi,
Pebungkusan dan Penjenamaan Kebangsaan 2005 di Universiti
Lim Kok Wing, Perdana Menteri turut menyaksikan
upacara menandatangani Memorandum Persefahaman antara
Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dengan Universiti
Lim Kok Wing. Pada majlis itu, Terengganu diumumkan
sebagai negeri pertama melancarkan franchais dan
jenamanya sendiri yang dikenali sebagai T'LEKOR
dan T'DAGANG. Untuk keterangan lanjut, klik di sini. |
|