Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu
  Selamat Datang ke Laman Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. Kemaskini pada 25hb Mei 2006. Selamat Melayari Laman ini.  
 
: : Satu Daerah Satu Industri (SADSI) : :
Program Satu Daerah Satu Industri (SADSI) merupakan salah satu usaha Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dalam meningkatkan pembangunan industri di negeri Terengganu mengikut sumber setempat yang perlu dimaju dan diketengahkan. Program ini dijangka akan dapat mempertingkatkan sosio ekonomi setempat melalui penglibatan dalam bidang pembuatan, perdagangan dan perkhidmatan.


YPU berfungsi sebagai sekretariat bagi mengendali dan memantau pelaksanaan SADSI. Tujuh (7) daerah akan terlibat dalam palaksanaan ini dengan sasaran seramai 14 usahawan tempatan akan diwujud dan dibangunkan setiap tahun dengan 2 usahawan bagi setiap daerah.

Fokus Pembangunan produk SADSI adalah berasaskan keupayaan sumber setempat disetiap daerah dan keupayaan kumpulan usahawan terbabit didaerah berkenaan. Perlaksanaan program SADSI diselaraskan dengan Rancangan Lima Tahun Negeri Terengganu, Kertas Kabinet ODOI dan juga Pelan Pembangunan IKS Negara.


: : Komponen Program SADSI : :

Daerah Jenis Industri / Produk
Kuala Terengganu - Batik, songket, tembaga
Marang - Anyaman pandan & mengkuang
Dungun - Industri silika & kristal
Kemaman - Petrokimia - plastik & sabun
Hulu Terengganu - Asas tani - produk makanan
Setiu - Asas tani - Akuakultur
Besut - Ukiran & Kraftangan asas kayu
Sambung >>

<< kembali

Laman ini direka oleh Christina Low Li Cheng.
Hakcipta 2005, YPU Terengganu
Semua bahan paparan adalah hakcipta terpelihara.
Sebarang penggunaan tanpa kebenaran YPU Terengganu adalah dilarang.