Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu
  Selamat Datang ke Laman Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. Kemaskini pada 25hb Mei 2006. Selamat Melayari Laman ini.  
 
: : Ucapan Aluan : :

Saya mengucapkan Selamat Melayari Laman Web Rasmi Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) sebagai alternatif untuk para usahawan khasnya dan masyarakat umum amnya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program dan aktiviti pembangunan keusahawanan yang dilaksanakan oleh YPU mahupun oleh agensi keusahawanan yang lain selaras dengan pembangunan pesat era teknologi maklumat.

Syukur kepada Ilahi kerana kita masih diberi peluang untuk meneruskan misi YPU ke arah mewujud dan membangun usahawan & peniaga bestari ke tahap global seterusnya memastikan kriteria usahawan tulen terbina iaitu berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

Saya amat berharap agar agenda Kerajaan Negeri untuk terus memastikan bahawa pembangunan keusahawanan akan menjadi aset penting negeri ke arah proses pertumbuhan dan pembangunan ekonomi serta sosio ekonomi negeri negeri terlaksana. Sehubungan itu, adalah menjadi tangungjawab kepada YPU untuk memikul amanah tersebut agar hasrat semua agensi dan masyarakat yang terlibat akan menerima manafaat yang sewajarnya. Saya yakin, segala usaha dan pendekatan yang kita gunakan akan mampu mengubah minda masyarakat umum mahupun masyarakat usahawan terhadap penglibatan IKS serta peniaga kecil sebagai pemangkin pembangunan ekonomi negeri.

Oleh itu, para usahawan adalah dinasihatkan agar menggunakan kemudahan ini dengan sepenuhnya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program keusahawanan YPU dan agensi berkaitan. Sebarang pertanyaan, aduan atau pendapat yang mampu memperbaiki laman ini serta ke arah memperbaiki program-program keusahawanan yang telah dan sedang dirangka oleh YPU, bolehlah dimajukan ke e-mail YPU iaitu info@ypu.com.my. Akhir kata, pihak Pengurusan YPU berharap agar laman web ini menjadi wadah penting dalam menyebarkan maklumat rasmi YPU kepada anda semua. Sekian, terima kasih.


HAJI MUSTAFAR KHALID)
Pengurus Besar

<< Kembali Sebelah >>

Laman ini direka oleh Christina Low Li Cheng.
Hakcipta 2005, YPU Terengganu
Semua bahan paparan adalah hakcipta terpelihara.
Sebarang penggunaan tanpa kebenaran YPU Terengganu adalah dilarang.